Selasa, 8 November 2011

SEJARAH SARANG BURUNG WALIT

 Sejarah Sarang Burung Walit
Pemakanan sarang burung walit sebagai makanan tambahan telah diamalkan oleh kaum China sejak tahun 700 sebelum Masihi lagi, akan tetapi tiada bukti secara bertulis direkodkan. Dalam jurnal bulanan Mingpao Vol. 231 (1985), artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" bermaksud "Sejarah Sarang Burung" dinyatakan msyarakat China telah mengamalkan pengambilan sarang burung semenjak zaman Dinasti MIng lagi. Ini merupakan dokumen pertama yang direkodkan.
Perdagangan sarang burung walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah dilakukan semejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang burung, menyebabkan ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu mendapatkannya.
Di zaman pemerintahan Dinasi Qing, masakan daripada sarang burung walit telah menjadi makanan wajib di dalam menu masakan kerajaan. Beberapa resepi masakan dari sarang burung walit terdapat di dalam menu masakan ekslusif masyarakat China. Mereka percaya bahawa sarang burung walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubun badan. Malah maharaja dan maharani China menjadikan sarang burung walit sebagai sarapan mereka demi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. NIlai dan khasiatnya yang tinggi menjadikan sarang burung sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan