Selasa, 8 November 2011


Hukum Sarang Burung Walit

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya kongsikan bersama fatwa yang telah dikeluarkan tentang hukum makan sarang burung layang-layang atau walit:-
Tarikh Keputusan: 6 September, 2007
Tarikh Mula Muzakarah: 6 September, 2007
Tarikh Akhir Muzakarah: 8 September, 2007
Oleh: Muzakarah Kali Ke-79
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-layang. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung layang-layang/walit adalah harus.

KHASIAT SARANG BURUNG WALIT


Khasiat Sarang Burung Walit

Kajian santifik menunjukkan bahawa sarang burung walit mampu merangsang pertumbuhan sel, membantu mempercepatkan penyembuhan penyakt kronik dengan cara menguatkan sistem imuniti tubuh dan mengembalikan semula tenaga. Ia juga merupakan nutrisi tambahan untuk kulit agar tetap segar dan awet muda. Disamping itu sarang burung walit juga mempunyai pelbagai khasiat termasuk dapat membantu melancarkan perjalanan darah, menguatkan sistem kardiovaskular dan meningkatkan kadar metabolisme.
Sarang burung walit sesuai untuk semua peirngkat umur samaada lelaki meahuun perempuan. Hasil daripada pelbagai kajian dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:-
  • Zat kolagen yang terkandung di dalam sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan kadar metabolisme serta memperbaiki sistem percernaan.
  • Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak serta menyembuhkan batuk, ia juga meruoakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
  • Perngambilan sarang burung walit di masa kehamilan dapat menguatkan paru-paru byi yang dikandung, ianya juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan setelah melahirkan dan mengembalikan bentuk tubuh kepada asal.
  • Untuk wanita, pengambilan secara teraturdapat meningkatkan daya metabolisme, mencantikkan kulit serta melambatkan proses penuaan.
  • Bagi warga emas, pengambilan secara teratur dapat menguatkan sendi dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
  • Kanak-kanak memerlukan nutrisi makanan yang tinggi semasa peringkat perkembangan. Sarang burung walit dapat meningkatkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, merangsangkan perkembangan otak serta menguatkan paru-paru.
  • Sarang burung walit sangat sesuai untuk mereka yang baru pulih dari sakit, mereka yng lemah, sering batuk dan asma.
  • Merupakan makanan sihat bagi para perokok dengan mengurangi kesan yang diitmbulkan daripada nikotin.

SEJARAH SARANG BURUNG WALIT

 Sejarah Sarang Burung Walit
Pemakanan sarang burung walit sebagai makanan tambahan telah diamalkan oleh kaum China sejak tahun 700 sebelum Masihi lagi, akan tetapi tiada bukti secara bertulis direkodkan. Dalam jurnal bulanan Mingpao Vol. 231 (1985), artikel yang bertajuk "Yan Wo Kao" bermaksud "Sejarah Sarang Burung" dinyatakan msyarakat China telah mengamalkan pengambilan sarang burung semenjak zaman Dinasti MIng lagi. Ini merupakan dokumen pertama yang direkodkan.
Perdagangan sarang burung walit dari Asia Tenggara ke negeri China telah dilakukan semejak abad ke-14 lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sarang burung walit adalah berkait rapat dengan khasiatnya. Kesukaran untuk mendapatkan bekalan sarang burung, menyebabkan ianya mempunyai nilai komersial yang tinggi dan hanya golongan bangsawan mampu mendapatkannya.
Di zaman pemerintahan Dinasi Qing, masakan daripada sarang burung walit telah menjadi makanan wajib di dalam menu masakan kerajaan. Beberapa resepi masakan dari sarang burung walit terdapat di dalam menu masakan ekslusif masyarakat China. Mereka percaya bahawa sarang burung walit sangat baik untuk kesihatan dan daya tahan tubun badan. Malah maharaja dan maharani China menjadikan sarang burung walit sebagai sarapan mereka demi menjaga kesihatan dan mengekalkan kecantikan. Ia adalah simbol kemewahan dan menjadi santapan golongan bangsawan. NIlai dan khasiatnya yang tinggi menjadikan sarang burung sebagai simbol kekuasaan dan kemegahan.